Connect with us
Webinar Kool

Gaya Hidup

“Nak Tayang Baju Ke Badan?” Netizen Pelik Fesyen Baju Raya Tak Semenggah

Published

on


Kalau dah masuk bulan puasa, mesti ada  perancangan nak cari baju raya kan? Mulalah tangan kita akan scroll Instagram untuk cari baju raya terkini. Kalau ada yang menarik, bolehlah belikan untuk abang dan seisi keluarga pula. Boleh sedondon di pagi hari raya.

Namun, fesyen raya tahun 2020 pun ada juga yang lain. Ia terlalu berbeza sehingga mendapat kecaman netizen. Mana taknya, biasanya baju tradisional akan menampakkan nilai tradisi dan sopan. Ini lain pula, seksi betul.

Seorang pengguna berkongsi beberapa keping gambar di Twitter mengenai koleksi baju raya yang lain daripada yang lain. Ia dikatakan baju Melayu moden dengan sentuhan glitter. Bukan main menyerlah! Fesyen kain nipis sehingga nampak bentuk tubuh pun ada.

Gambar tersebut kemudian mendapat respon negatif daripada netizen. Ada yang cakap mereka yang pakai baju ini akan membuatkan ramai orang menjarakkan diri daripada mereka. Dah alang-alang COVID ni, elok juga tu.

Jadi macam mana? Ada tak yang berkenan nak pakai fesyen macam ini waktu raya? Hati-hati waktu nak gosok. yelah, bila kain nipis takut terbakar pula. Tapi kalau suami sis nak pakai macam ni, memang kena palau la dengan mak mertua! Hiks!

 

 

Baca juga:

Tip Berpuasa Untuk Ibu Menyusu Badan

Sah Tak Boleh Balik Kampung Raya Ni!

 

 

 



Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement