Connect with us
Muaz Kasi Jadi

Hiburan

Nak Jadi Cabin Crew? Zarul Umbrella Kongsi Tip Penting!

Tengok video ni sebelum anda menyesal!

Published

on

Menerusi satu video yang dikongsi oleh vokalis kumpulan Umbrella, Zarul, dia mendedahkan, tugas sebagai seorang pramugari atau pramugara adalah seumpama menggalas tugas sebagai seorang doktor, ahli bomba, pelayan restoran, termasuk pencuci tandas.

Zarul berkongsi lima perkara untuk menjadi seorang cabin crew dalam video itu, dan menegaskan, tugas itu bukan lah sesuatu yang indah seperti yang dibayangkan.

Bercerita mengenai pengalamannya selama 16 tahun sebagai seorang pramugara, dia turut berkongsi pengalaman mencuci tandas.

“Awal-awal interview, saya ingat tugasan itu hanyalah sekadar menyediakan makanan dan minuman sahaja.”

“Bayangkan, kalau flight itu mengambil masa 12 jam, siapa yang nak cuci tandas? Paling teruk kalau penerbangan umrah, pakcik-pakcik yang tak larat dan tak pernah naik kapal terbang, mereka tak tahu macam mana nak flush dan nak cuci.”

“Siapa yang nak cuci? Kami lah yang mencuci.”

Dalam video berdurasi lebih 8 minit itu, Zarul turut berkongsi mengenai cara penjagaan imej jika ingin menjadi pramugari atau pramugara.

Zarul turut menegaskan, krew kabin perlu mengetahui asas penyediaan makanan, dan kandungan serta resipi dalam makanan yang disediakan semasa penerbangan.

 

 

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement