Gaya Hidup
Nak Hilangkan Contengan Pada Dinding? Guna 3 Bahan Ni Je!
Selamat mencuba!
“Dinding, oh dinding, kenapa engkau kotar? Macam mana aku tak kotor, budak conteng aku, budak conteng aku,”
Macam lagu bangau oh bangau pulak kan? Mungkin inilah bunyi keluhan anda setiap kali dinding rumah anda kotor atau dikotorkan. Mana tidaknya, bukan senang nak jaga dinding dan ingin memastikan ia bersih sepanjang masa. Bila dah kotor, memang payah nak bersihkan. Mungkin juga kotoran itu takkan hilang buat selama-lamanya.
Tapi jangan risau. Pengguna sosial media bernama Nawal Huda telah berkongsi cara-caranya dengan menggunakan 3 bahan sahaja. Ya! 3 bahan sahaja.
Jom lihat senarai di bawah:-
Cara hilangkan contengan2 di dinding ✨
Ambil cream cif, letak kat sponge hijau tu, tonyoh dinding.
Then dah habis tonyoh, bilas sponge dengan air bersih and lap bersih.
Tadaaaaa you have a clean wall! pic.twitter.com/G9ZuVJHevt
— Nawal jual Cuckoo 🌿👑 (@nawalhudaa) May 20, 2020
Menurutnya, dengan pemakaian cream cif, sponge dan air sahaja boleh mendapatkan kembali dinding anda yang bersih.
Setakat ini, tip yang dimuat naik menerusi laman Twitter itu telah menerima lebih daripada 9,000 perkongsian. Selamat mencuba semua!