Connect with us
Muaz Kasi Jadi

Hiburan

Naim Daniel Cedera Lakon Aksi Lasak

Kaki kiri Naim cedera sewaktu dalam satu sesi latihan kickboxing.

Published

on

Selepas kejayaan lagu Sumpah, penyanyi dan pelakon berbakat Naim Daniel kini muncul dengan buah tangan terbaharu, Adakah Engkau Menungguku menampilkan kerjasama dengan penyanyi rap kelahiran Sabah, Tuju.

Menariknya, klip video lagu berkenaan mengetengahkan sukan seni pertahanan diri.

Naim bagaimanapun diduga apabila mengalami kecederaan pada kaki kirinya sewaktu dalam satu sesi latihan kickboxing.

“Semasa membuat latihan bersama jurulatih profesional, kaki saya terseliuh tetapi pada mulanya tidak berasa sakit.

“Namun, lama-kelamaan kaki mula membengkak dan tidak boleh diluruskan dengan sempurna,” kata Naim.

Selepas mendapatkan rawatan, pelakon drama Pia itu berkata kakinya sudah pulih dan klip video Adakah Engkau Menungguku tetap berjalan sebagaimana dirancang apabila disiapkan dalam masa sehari sahaja.

 Adakah Engkau Menungguku menceritakan perasaan seorang yang berada dalam sebuah perhubungan dan sedang bertarung untuk mengembalikan semula memori indah mereka sebelum ini.

Sejak dilancarkan pada 27 September lalu, lagu ciptaan Adib Hamdi itu masih trending nombor 2 di laman Youtube.

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement