Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Naik Roller Coaster Boleh, Tapi Dilarang Menjerit!

Agak mencabar juga kalau naik roller coaster tapi tak boleh menjerit…

Published

on

Mana mungkin naik Roller Coaster tak menjerit. Kalau tak menjerit maksudnya tak cukup mencabarlah Roller Coaster tu. Bagaimanapun, ini merupakan peraturan yang dikuatkuasakan oleh pentadbiran taman tema di California, Amerika Syarikat (AS) yang melarang pengunjung permainan ekstrem menjerit. Hal itu dikatakan bertujuan untuk menghentikan penyebaran virus COVID-19.

Tidak dapat dipastikan sejauh mana keberhasilan larangan ini daripada menghentikan penyebaran virus, namun ia merupakan antara alternatif pembukaan semula taman tema di sana. Jadi, taman tema termasuk Disneyland melarang pengunjung berteriak ketika menaiki permainan ekstrem seperti rollercoaster. Mungkin pengunjung boleh menjerit dalam hati sahaja. 

Selain larangan menjerit, sudah tentu pemakaian pelitup muka masih diwajibkan sepanjang berada dalam kawasan taman tema bagi mengelakkan titisan air liur menitik di atas mana-mana permainan di situ. Tambahan lagi, pihak pengurusan taman tema diminta untuk mengehadkan bilangan penumpang dalam semua permainan bagi memudahkan proses keluar pengunjung.

Selain Disneyland, panduan baharu tersebut turut terpakai di taman teman popular lain di Golden State termasuk Six Flags Magic Mountain, Knott’s Berry Farm, Legoland California dan SeaWorld San Diego. Menurut Gabenor California, Gavin Newsom baru-baru ini, taman tema di negeri tersebut boleh dibuka semula mulai 1 April ini.

Bagaimanapun, larangan menjerit ini bukanlah perkara baharu kerana di Jepun mereka telah pun menggunapakai larangan ini di taman-taman tema ketika pembukaan pusat hiburannya pada musim panas lepas. Tujuannya juga adalah sama, bagi mengekang penyebaran virus COVID-19 dalam kalangan pengunjung. Kalau nak menjerit puas-puas, bolehlah pergi ke taman tema negara kita je

Baca juga artikel menarik lain:

Cik B Shopping Sakan Beli Hadiah Kacak, Netizen Tawar Diri Jadi Bodyguard Dan Pembantu

Instafamous Berkebaya Merah Pamer Aksi Cekap Tunggang RX-Z Disaman JPJ

 

 

 

 

Sumber berita: Kosmo

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement