Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Nad Zainal ‘Koyak’ Terpaksa Tinggal Anak

Stay strong Mommy!

Published

on

Pelakon popular, Nad Zainal berkongsi perasaan sedih di laman Instagram miliknya apabila terpaksa berjauhan dengan anak lelakinya, Fahad Ibrahim Muhammad Faliq atau manja dengan panggilan Yem, 4, atas urusan kerja.

Perkara itu diceritakan menerusi satu posting memaparkan Yem dan Nad sama-sama mengalirkan air mata menerusi screenshot panggilan video yang dibuat Nad pada 15 Februari lalu.

Difahamkan, Nad mempunyai tugasan luar lebih kurang seminggu dan dia tidak membawa suami dan anaknya sekali untuk turut ikut serta.

Luahan hati Nad yang merindui anaknya itu menerima pelbagai reaksi di ruangan komen daripada rakan artis serta peminat yang memahami perasaan seorang ibu apabila terpaksa berjauhan dengan anak.

Untuk rekod, Nad atau nama sebenar Farah Nadia Zainal Abidin berkahwin dengan suami, Muhammad Faliq pada 18 Disember 2015.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement