Connect with us

Hiburan

Nabila Huda Lebih Puas Berlakon Teater Berbanding Beraksi Di Hadapan Kamera?

Aktres  yang terkenal dengan naskhah-naskhah seni yang bergenre berat, Nabila Huda mengakui bidang lakonan komersial masih kurang memberi kepuasan kepada dirinya.

Published

on

Aktres  yang terkenal dengan naskhah-naskhah seni yang bergenre berat, Nabila Huda mengakui bidang lakonan komersial masih kurang memberi kepuasan kepada dirinya.

Menurut pelakon berusia 36 tahun ini, minat terhadap dunia seninya berubah seiring dengan peningkatan usia, dan kini dia lebih teruja untuk melibatkan diri dalam pementasan teater.

“Sejak kebelakangan ini, minat saya terhadap pentas teater semakin meluap-luap. Saya sendiri tidak tahu mengapakah fokus saya boleh berubah. Mungkin aura pentas teater berlainan dengan apa yang saya dapat ketika di set penggambaran. Disebabkan hal tersebut, saya kini lebih cenderung untuk berteater,” katanya.

Namun, Nabila juga sedar bahawa komitmen terhadap teater lebih berat berbanding lakonan di televisyen, tetapi dia tidak kisah untuk menghabiskan masanya bagi sesi latihan yang panjang.

“Saya tidak kisah kalau perlu melalui sesi latihan teater yang panjang kerana perasaan tersebut menyeronokkan. Penat memang penat, namun kepuasan yang saya dapat lebih banyak berbanding berlakon drama televisyen.” katanya lagi.

Dalam perkembangan terbaru, Nabila bakal membintangi teater muzikal pertamanya Ola Bola The Musical pada 18 Februari hingga 3 Mac depan, membawa watak baharu sebagai Dumilah, seorang peniaga makanan yang berasal dari Indonesia.

Bagaimanapun, Nabila menegaskan dia masih tetap mahu aktif dalam bidang drama dan perfileman walaupun kini beralih arah kepada pementasan teater.

“Tetapi, jangan pula salah sangka. Saya masih mahu berlakon drama dan filem. Namun, fokus saya sekarang lebih tertumpu pada teater,” katanya lagi.

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement