Semasa & Hiburan
“My Mood For 2020” – Scha Kongsi Gelagat Comel Lara Menari
Ewahhhh!
Hanya tinggal satu hari sahaja lagi sebelum kita menyambut tahun baharu 2020 dan mengucapkan selamat tinggal kepada tahun 2019.
Nampaknya, pelakon dan pengacara terkenal, Scha Al Yahya bersama anak perempuannya, Lara Alana teruja menantikan tahun 2020.
Ahad lalu, Scha ada memuat naik video pendek Lara di Instagram yang pasti akan membuatkan peminat geram melihat gelagat comelnya.
“My mood for 2020,” tulis Scha ringkas.
Amboi, kemain lagi kan Lara menari! Nampaknya, tahun depan Lara dah nak masuk usia 6 tahun.
Perkongsian Scha itu kemudian mencuri perhatian ramai peminat termasuk rakan artis yang rata-rata meninggalkan pelbagai reaksi di ruangan komen.
Sebagai rekod, Scha dan suami yang juga seorang aktor dan pengacara, Awal Ashaari telah berkahwin pada 4 Mei 2012 di Hotel Pullman Lakeside, Putrajaya.