Connect with us
Webinar Kool

Sukan

Mutu Pengadilan Tarmizi Disiasat FAM

Bukan mudah jadi pengadil…

Published

on

Mutu pengadilan para pengadil perlu berada pada tahap yang baik dan memuaskan pada setiap perlawanan, justeru Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) meminta mana-mana pasukan yang tidak berpuas hati dengan mutu pengadilan untuk mengemukakan bantahan atau aduan rasmi kepada badan induk tersebut. Menurut Timbalan Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi, FAM sentiasa terbuka menerima sebarang aduan berkaitan dengan mutu pengadilan. Menurutnya lagi, pengadil juga manusia biasa yang tidak terlepas daripada melakukan kesilapan.

Setiap aduan yang diterima akan melalui penilaian lebih terperinci yang dilakukan oleh pihak Jawatankuasa Pengadil. FAM mengakui keputusan yang dibuat di atas padang adalah berdasarkan sudut pandangan seorang pengadil, tetapi tidak menolak kemungkinan bahawa pengadil juga boleh membuat kesilapan. Jadi, sebarang bantahan atau aduan akan dinilai secara terperinci oleh Jawatankuasa Pengadil sama ada betul ataupun tidak pengadil itu membuat keputusan.

FAM juga berharap penilaian tersebut dapat memastikan mutu pengadilan terus meningkat ke tahap yang lebih baik.

Selepas perlawanan aksi Liga Super antara Terengganu FC (TFC) menentang Johor Darul Ta’zim (JDT), mutu pengadilan Wan Mohamad Tarmizi Wan Ibrahim dikritik oleh beberapa pihak. Selain dikritik hebat peminat di media sosial, isu berkenaan turut mendapat perhatian daripada mantan Presiden FAM, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Menurut Tunku Ismail, mutu dan kualiti yang dipamerkan oleh pengadil tersebut semasa perlawanan adalah teruk serta gagal mengawal perlawanan dengan baik. Difahamkan, Jawatankuasa Pengadil akan melihat semula video perlawanan berkenaan bagi menilai sama ada keputusan yang dibuat Wan Mohamad Tarmizi dalam beberapa insiden ketika aksi itu tepat ataupun tidak.

Sumber daripada: Berita Harian

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement