Gaya Hidup
Mungkin Tanda Kanser, Ini Sebab Kenapa Anda Selalu Ada Masalah Kencing Tidak Lawas
Baik periksa sekarang..
“Aduh, asyik nak terkencing je ni padahal dah kencing tadi…”
Pernah atau tidak anda mengalami situasi seperti di atas? Manakan, baru sahaja buang air kecil tetapi rasa macam nak pergi ke tandas lagi. Ini menunjukkan bahawa anda sedang mengalami masalah kencing tidak lawas. Mungkin ramai dalam kalangan kita yang mengambil ringan mengenai hal ini namun anda perlu berhati-hati, ini mungkin menjadi petanda anda menghidap penyakit lain yang boleh menjurus kepada penyakit lebih kronik!
MASALAH KENCING TIDAK LAWAS. APAKAH PUNCANYA?
Kencing tak lawas berlaku apabila seseorang itu merasakan air kencingnya masih ada walaupun baru seketika tadi dia telah membuang air kecil.