Connect with us
Salam Aidilfitri

Semasa & Hiburan

Moh Beraya Tunjuk Skill MB Perak! Sporting Habis

Steady lah YB Peja!

Published

on

Ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang dikuatkuasakan di seluruh negara akibat pandemik Covid 19, beberapa peraturan telah dikeluarkan menjelang Aidilfitri, antaranya larangan berkumpul beramai ramai melebihi 20 orang di hari raya pertama, selain perlu memohon kebenaran rentas negeri.

Ramai menyambut baik saranan kerajaan dalam usaha memutuskan rantaian Covid 19.

Dalam satu pengumuman Perdana Menteri menerusi perutusan khas, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut memetik lagu berjudul Jange Kelik La Weii dan terus menjadi tular.

Lagu yang berbentuk nasihat agar akur dengan nasihat Perdana Menteri, dilancarkan sejak 2 Mei 2020, nyanyian Eddie Hamid, Man Khan dan Aris Kapilla.

Selepas lagu berdialek Kelantan itu tular, tiba giliran lagu rakyat sempena Raya berjudul Moh Beraya.

Istimewanya, lagu nyanyi Jamal Abdillah dan Shiha Zikir ini turut menampilkan individu istimewa, iaitu Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, yang juga dikenali sebagai Peja.

Ramai menyukai lagu ini, selain nyanyian Jamal dan Shiha, MB Perak yang turut sporting turun padang rakam lagu raya ini, dan boleh tahan juga vokalnya!

Tengok sampai habis, baru kome faham mesej nya yer?
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement