Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

“Moga Secebis Kesabaran Itu Ada Dalam Pada Diri Kita,” —Nora Ariffin

Moga menjadi iktibar..

Published

on

Baru-baru ini nama penyanyi Nora Ariffin kembali hangat diperkatakan susulan video tular yang memaparkan anaknya Putri Dahlia berkelakuan kurang sopan.

Walaupun Nora sebagai ibu sudah mengaku kesilapan dan memohon maaf selain menghukum anak perempuannya itu, media masih lagi tidak berhenti bercakap mengenainya.

Masing-masing tak cukup jari menaip bagi memberikan pandangan dan tak kurang juga apabila golongan artis turut menyalurkan pendapat mereka yang tersendiri.

Nora berharap kontroversi tercetus memberi kesedaran kepada anak perempuannya untuk menjadi insan yang lebih baik. Foto IG Nora Ariffin

Namun, penyanyi yang juga isteri kepada komposer Allahyarham Johan Nawawi itu dilihat tenang menghadapi pelbagai spekulasi.

Terbaharu, beliau telah memuat naik satu gambar di ruangan insta story menerusi laman Instagram miliknya mengatakan:-

“Sebagai manusia, kita tidak boleh lari daripada silap. Dia masih muda dan masih ada banyak perkara yang harus dipelajari serta kehidupan yang harus diterokai.” kata Nora menerusi portal Berita Harian.

Apa-apa pun, Kool FM sangat kagum dengan cara Nora yang tidak mudah melatah, sebaliknya tenang menghadapi konflik dalam hidup. Semoga apa yang berlaku akan lebih menguatkan lagi semangat Nora dan keluarga untuk terus menjalani kehidupan.

 

Sumber daripada: Instagram Nora Ariffin

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement