Connect with us
Hot Kool Jam

Berita

Misteri Kehilangan MH370 Genap 5 Tahun Esok

Seluruh dunia masih tertanya-tanya dimanakah pesawat MH370 dan apa sebenarnya yang terjadi?

Published

on

Seluruh dunia masih tertanya-tanya dimanakah pesawat MH370 dan apa sebenarnya yang terjadi?
Esok, genap lima tahun penerbangan Malaysia Airlines MH370 hilang tanpa jejak di selatan Lautan Hindi dan persoalan paling penting dalam misteri penerbangan terbesar di dunia itu masih belum dijawab.

Pesawat penumpang Boeing 777 dilaporkan hilang daripada skrin radar semasa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014, dengan membawa 239 penumpang.
Operasi pencarian terakhir pesawat itu ditamatkan Mei tahun lepas ketika syarikat eksplorasi yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Ocean Infinity gagal mengesan pesawat malang itu selepas melakukan pencarian lebih 112,000 kilometer persegi di dasar laut selama lebih tiga bulan tempoh operasi.
Sehingga kini, hanya tiga serpihan sayap, dikenali sebagai flaperon, disahkan berasal dari pesawat Penerbangan MH370.

Serpihan sayap kanan ditemui di Saint Denis di Reunion Island pada Julai 2015, manakala dua lagi serpihan lain ditemui di Mauritius pada Mei 2016 dan di sebuah pulau di Tanzania pada Jun 2016.
“Good Night, Malaysian Three Seven Zero” adalah mesej radio terakhir yang dihantar dari kokpit MH370 dan ayat itu akan terus bermain di fikiran kita dengan kehilangan MH370 akan menjadi misteri penerbangan terbesar di dunia.

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement