Semasa & Hiburan
Misha Omar Kongsi Satu Kenangan Terindah 2019!
Ada nasihat buat bakat-bakat baharu daripada Misha!
Penyanyi Misha Omar menyifatkan peluang menjadi juri bersama Datuk Seri Siti Nurhaliza baru baru ini sebagai salah satu kenangan terindah tahun 2019.
Ini kerana, Siti pernah menjadi juri jemputan ketika Misha sendiri yang perlu membuat persembahan.
“Setiap kali ada peluang show sama-sama, walaupun tak nyanyi sama-sama, waktu rehersal atau soundcheck, saya akan tetap bertanya pendapat Siti mengenai persembahan sendiri.”
Misha turut mengenang kembali saat lagu nyanyiannya, Bunga Bunga Cinta memenangi Anugerah Juara Lagu ke 18 pada tahun 2003.
“Melompat peluk Siti sebab terperanjat, terharu, sebab masa tu Siti yang banyak memberi semangat, padahal dia pun bertanding…”
Menerusi muat naik di Instagram Misha, penyanyi itu turut memberi penghormatan kepada juri-juri otai seperti Ziana Zain, Liza Hanim dan Ella yang selalu memberi tunjuk ajar.
“Amy Search pun kak Mitch tebalkan muka tanya pendapat tanya ilmu, dengan harapan untuk maju dalam industri…”