Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

“Misha Omar Is Back!” Peminat Ramal “Tanpa Rela” Akan Ke AJL Lagi

Fuh! Merinding..

Published

on

Penyanyi yang bersuara lunak Misha Omar pada 17 September 2020 telah melancarkan sebuah lagu baharu berjudul Tanpa Rela.

Menariknya tentang lagu ini, ia adalah hasil karya Misha sendiri dan Lee Sze Wan, manakala liriknya pula hasil cetusan bersama Misha, Slen dan Zul.

Sama-sama kita dengarkan lagu ini di bawah:-

Buat pertama kali selepas 18 tahun dalam insdustri hiburan, Misha tidak menolak keinginan sebaliknya terbuka untuk mengembangkan bakatnya dalam penciptaan lagu.

“Walaupun masa yang diambil agak lama, saya bertuah kerana niat itu dipermudahkan apabila dipertemukan dengan pengarah muzik, Lee Sze Wan ketika menjayakan sebuah konsert pada tahun 2019,” ujarnya menerusi temubual dengan sebuah portal hiburan online.

Misha atau turut mesra disapa Kak Mitch turut bersyukur kerana Sze Wan banyak memberikan tunjuk ajar, malah sentiasa bersabar melayani kerenahnya yang masih muda dari sudut komposisi lagu.

Bagaimanapun, Misha sama seperti penyanyi-penyanyi lain mengharapkan agar lagu ciptaannya itu dapat diterima ramai selain mengucapkan terima kasih kepada peminat yang sentiasa memberikan sokongan kepadanya dari awal bergelar anak seni sehinggalah ke hari ini.

Dalam pada itu, anak kelahiran Kelantan yang pernah dinobatkan sebagai pemenang Vokal Terbaik di Anugerah Juara Lagu ke-33 ini turut menerima usikan daripada peminat yang menyatakan lagu tersebut mungkin akan dipertandingkan dalam anugerah berprestij itu sekali lagi.

Apa-apa pun tahniah kak Mitch! atas pelancaran lagu baharu ni. Memang tak pernah mengecewakan!

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement