Connect with us
Muaz Kasi Jadi

Hiburan

Mira Filzah Kekal Duta Salam Taiwan Tahun Kedua

Wah beruntungnya Mira..

Published

on

Kalau sebelum ini pelakon dan pengacara Mira Filzah pernah dilantik menjadi duta rasmi pelancongan Salam Taiwan, terbaharu sebuah portal hiburan online melaporkan Mira sekali lagi dipilih menjadi duta tersebut untuk tahun kedua.

Pemilihan semula pemenang Bintang Paling Popular dari Anugerah Bintang Popular Berita Harian baru-baru ini itu diumumkan oleh Biro Pelancongan Taiwan pada Ahad 6 Oktober 2019.

Image result for mira filzah taiwan

Pengarah Pejabat Biro Pelancongan Taiwan Kuala Lumpur, Encik Abe Chou berkata pihaknya gembira dapat meneruskan kerjasama dengan Mira Filzah untuk kempen pelancongan tersebut.

“Personaliti ceria dan positif beliau menjadikannya model contoh yang hebat. Menerusi edisi pertama kempen Salam Taiwan, beliau membawa pengaruh besar di dalam mengenengahkan Taiwan sebagai pulau mesra Muslim di Malaysia dan Brunei.

Sejak Mira Filzah telah dilantik sebagai wajah kempen Salam Taiwan tahun lalu, pelakon itu telah mengadakan beberapa siri aktiviti dan acara yang memaparkan kemudahan dan tarikan yang ada bagi kemudahan pelancong Muslim di Taiwan.

Musim 2 Salam Taiwan akan menyaksikan Mira Filzah melawat semula Taiwan dan meneroka lokasi unik, mengunjungi lokasi tarikan dan aktiviti yang kurang dikenali dan juga permata-permata rahsia pulau itu yang belum diketahui ramai.

“Taiwan adalah sebuah pulau yang indah. Sejujurnya, saya tidak tahu banyak mengenai Taiwan sebelum lawatan saya ke sana. Taiwan telah memberi saya pengalaman yang tidak disangka.”

Setakat September lalu, Taiwan berada di tangga ketiga kategori bukan anggota negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di dalam Indeks Pelancongan Muslim Global (GMTI).

Untuk musim ini, Biro Pelancongan Taiwan akan mengetengahkan aspek makanan, ekologi unik, gabungan kebudayaan tradisional dan moden, beli-belah serta gaya hidup sihat dan mampan.

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement