Semasa & Hiburan
Mira Filzah Dilantik Menjadi Duta Pusat Tuisyen PTTI
Tahniah Mira!
Masih lagi hangat diperkatakan, pelakon dan model yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan iaitu Mira Filzah telah dilantik sebagai duta pusat tuisyen PTTI Group Sdn Bhd susulan pencapaiannya yang mana pernah menjadi pelajar cemerlang menerusi peperiksaan SPM pada tahun 2010.
PTTI turut mengatakan bahawa pencapaian yang pernah diraih selebriti cemerlang itu amat bersesuaian sebagai ikon PTTI selaku pusat peningkatan akademi yang memberi fokus membantu pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mendapat keputusan cemerlang sejak awal tahun ini.
“Kejayaan cemerlangnya dalam akademik sebelum ini selain posisinya sebagai ikon PTTI juga jelas memberi signifikan bahawa dengan usaha gigih dan ‘smart’ menelaah pelajaran, kejayaan itu pasti mengekori di hadapan kelak.
Beliau yang lebih dikenali sebagai Cikgu Fana berkata, PTTI dan Mira sendiri percaya sesuatu perkara bermanfaat itu wajar dikongsi untuk semua terutama bakal calon SPM.
“Malah Mira dan PTTI juga optimis nak membantu lebih ramai lagi calon SPM mencipta jaya. Mira selama ini juga terus berperanan menyuntik semangat untuk pelajar lebih fokus dengan hal akademik,” kata Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman.
Beliau menambah, peranan Mira Filzah sebagai ikon PTTI akan banyak memberi aspirasi, inspirasi dan cetusan semangat kepada ramai pelajar.
Sumber dari Berita Harian.