Semasa & Hiburan
Minggu Pertama Ejen Ali The Movie Cecah RM13 Juta!
Bukalah matamu…Aduh, melekat pula lagu tema Ejen Ali dalam kepala ni.
Bukalah matamu...Aduh, melekat pula lagu tema Ejen Ali The Movie dalam kepala ni.
Ejen Ali The Movie terbitan Primeworks Studios dan Wau Animation telah berjaya mengutip RM13 juta dalam masa tujuh hari sahaja!
Filem yang menjadi pilihan utama dalam kalangan penggemar filem itu terdahulu mengungguli tempat pertama dalam carta filem pecah panggung tempatan dengan kutipan melebihi RM1.8 juta selepas hari pertama ditayangkan.
Bagi yang belum berpeluang menyaksikan filem epik ini, ia mengisahkan Ali, budak berusia 12 tahun yang direkrut menjadi penyiasat bagi sebuah agensi perisikan dikenali sebagai Meta Advance Tactical Agency (MATA). Ali ditugaskan melindungi kota futuristik Cyberaya daripada ancaman luar.
Konflik timbul apabila Ali mendapat tahu dia bukanlah satu-satunya ejen yang boleh mengawal gajet istimewa iaitu Infinity Retinal Intelligence System (IRIS).
Gajet itu diubahsuai menjadi IRIS Neo, perkakasan yang boleh dikawal serta digunakan oleh ejen lain. Inovasi baharu ini dipersoalkan Ali apabila dia merasa terpinggir dan kedudukannya sebagai ejen istimewa MATA tergugat.
Pada saat itu, Ali didatangi individu misteri yang mendakwa tahu kisah silamnya. Jadi, bermulalah pengembaraan Ejen Ali demi membongkar kebenaran biarpun kesetiaannya terhadap MATA teruji.
Jom kita serbu pawagam sekarang!