Connect with us
On Air Di Kool

Berita

Mesin ATM Kembali Beroperasi 24 Jam

Orang ramai mesti mematuhi penjarakan sosial ketika berurusan di mesin ATM.

Published

on

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Ahad memaklumkan, waktu operasi mesin pengeluaran wang automatik (ATM) akan kembali seperti biasa mulai hari ini, 1 Jun 2020.

Bagaimanapun, orang ramai mesti mematuhi penjarakan sosial ketika berurusan di mesin ATM.

Sebelum ini, waktu operasi mesin ATM dihadkan dari 8 pagi hingga 8 malam berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disusuli PKPB oleh kerajaan bagi memutuskan rantaian wabak Covid-19.

Pada 19 April, kerajaan mengumumkan waktu operasi ATM hanya akan bermula 8 pagi sehingga 8 malam berbanding 24 jam sebelum ini bagi mengawal pergerakan orang ramai sepanjang tempoh PKP.

Langkah itu berikutan laporan Polis Diraja Malaysia bahawa ramai orang memberi alasan ingin mengeluarkan wang di mesin ATM 24 jam untuk keluar dari rumah termasuk ketika lewat malam.

Sumber daripada: Harian Metro

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement