Connect with us

Gaya Hidup

Meruntun jiwa! Gambar haiwan ‘merana’ akibat kebakaran di Australia

Published

on


KEBAKARAN hutan yang melanda Australia sejak tahun lalu boleh dikatakan antara sejarah kebakaran paling buruk yang pernah terjadi di negara itu. Ada banyak sebab yang menyebabkan api semakin marak termasuklah haba berterusan, angin kencang dan kemarau.

Kebakaran ini juga telah menyebabkan hampir 500 juta haiwan mati dan habitat mereka musnah dijilat api. Kira-kira 8,000 koala mati terbakar dan jumlah itu bukan sedikit. Ia sebenarnya menyamai 1/3 daripada seluruh populasi koala di New South Wales. Koala sudah tidak mampu lagi untuk bergerak laju dari satu pokok ke satu pokok untuk mengelak kebakaran. Kangaroo juga menerima nasib yang sama.

Ketika usaha memadamkan api dan menyelamatkan haiwan di hutan itu diteruskan. Banyak gambar berlegar-legar di laman sosial menunjukkan betapa seriusnya kes kebakaran ini.

FOTO: CNB

FOTO: ABC

FOTO: ABC

FOTO: Metro.Uk

FOTO: Metro.Uk

Lebih 100 insiden kebakaran hutan berlaku di Australia membabitkan lebih 5 juta hektar. Ratusan rumah musnah akibat kebakaran ini. Asap terlalu tebal sehingga memaksa penduduk di sana memakai topeng muka.

Badan Meteorologi Australia menjangkakan keadaan cuaca di wilayah selatan Australia akan semakin panas beberapa bulan awal tahun 2020. Sama-sama kita doakan agar hujan turun dan kebakaran ini dapat dikawal sepenuhnya.

Sumber: Metro. UK

Sumber:

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement