Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Meriah! Siti Aafiyah Sambut Majlis Ulang Tahun Pertama!

Pejam celik pejam celik dah setahun masa berlalu.

Published

on

Pejam celik pejam celik dah setahun masa berlalu.

Semalam penyanyi nombor 1 negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza telah mengadakan majlis sambutan ulang tahun pertama buat si comel pipi merah, Siti Aafiyah Khalid.

Biarpun Tok Ti baru sahaja selesai menjayakan Konsert Siti Nurhaliza On Tour Sabtu lalu di Axiata Arena Bukit Jalil, beliau masih bersemangat dan kuat untuk meraikan majlis anak kesayangan yang diadakanĀ di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur.

Konsert Tok Ti di Axiata Arena Sabtu lalu

Menerusi perkongsian foto oleh Tok Ti, kelihatan Aafiyah sangat teruja dan gembira pada majlis berkenaan yang turutĀ dihadiri oleh rakan artisĀ termasuk Jihan Muse, Rozita Che Wan danĀ Amyra Rosli.
Ā 

Semoga Aafiyah membesar dengan baik, taat pada kedua ibu bapa dan jadi anak yang bijak pandai okay?

Untuk pengetahuan, Siti Aafiyah Khalid telah dilahirkan pada 19 Mac tahun lalu.
Happy Birthday, Aafiyah!

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement