Connect with us
Webinar Kool

Semasa & Hiburan

Merentasi 1,200km Menaiki Skuter Demi Isteri Tercinta!

Demi cintaku padamu…

Published

on

Kebahagian dalam rumah tangga tidak selalunya melalui hadiah ulang tahun yang romantik atau percutian bulan madu ke tempat-tempat menarik. Di India, seorang lelaki dilaporkan sanggup membawa isterinya yang hamil menaiki skuter sejauh 1,200 kilometer (km) bagi membolehkan wanita tersebut menduduki peperiksaan untuk menjadi seorang guru.

 

Pasangan itu dikatakan bukan sahaja terpaksa menempuh perjalanan yang jauh, malah mereka juga terpaksa meredah cuaca hujan serta keadaan jalan yang berdebu. Perjalanan yang jauh itu membawa pasangan tersebut merentasi empat negeri selepas bertolak dari Kampung Ganta Tola, Godda di Jharkhand untuk ke pusat peperiksaan di Gwalior, Madhya Pradesh.

Menurut laporan daripada Gulf News, lelaki yang bernama Dhananjay Kumar, 27 tahun, melakukan perkara tersebut demi memberi sokongan kepada isterinya, Soni hembram, 22 tahun. Isterinya dikatakan perlu menduduki peperiksaan tersebut bagi membolehkannya memperolehi Diploma Pendidikan untuk bergelar seorang guru. Mungkin ianya dilihat sebagai satu kerja gila, namun bagi pasangan tersebut ia merupakan satu usaha buat mereka untuk masa depan yang lebih baik dan juga sebagai tanda kasih suami terhadap isteri.

Pengangkutan awam masih belum beroperasi

Mungkin ada yang mengatakan pasangan tersebut boleh sahaja menggunakan pengangkutan awam, tetapi disebabkan perintah kawalan pergerakan akibat Covid-19, mereka terpaksa menaiki skuter. Di India, pengangkutan awam seperti kereta api dan bas masih belum beroperasi sepenuhnya.

Menurut Kumar, pada awalnya dia berasa keberatan kerana isterinya sedang mengandung. Namun selepas isterinya melihat Kumar bersungguh untuk melakukan perjalanan yang jauh itu, dia pun bersetuju. Harga sewaan teksi untuk ke Gwalior pula adalah sebanyak 30,000 rupee (kira-kira RM1,700) dan ia merupakan satu jumlah yang besar sekiranya mereka memilih untuk menaiki teksi. Bagi menampung perbelanjaan perjalanan mereka pula, semua barang kemas yang dimiliki dipajak dengan harga 10,000 rupee (kira-kira RM570).

Sebelum ini, Kumar bekerja sebagai tukang masak, namun dia kehilangan pekerjaan berikutan penularan pandemik Covid-19. Kisah mengenai kegigihan pasangan ini turut dikongsi oleh seorang penulis India, Kiran Manral, yang menyifatkan keputusan wanita itu mengahwini lelaki yang sanggup memenuhi impiannya adalah ‘pelaburan’ terbaik. Susulan kejadian, sebuah syarikat swasta menawarkan sepasang tiket penerbangan pulang ke kampung halaman buat pasangan tersebut. 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber daripada: Harian Metro

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement