Connect with us
Kool FM

Gaya Hidup

Mengikut Kaedah Islam, Merotan Anak Sebagai Pengajaran Tidak Boleh Lebih 10 Kali

Rotan bukan untuk menyakitkan, tetapi bagi menginsafkan anak…

Published

on

Sesetengah ibu bapa ada yang menganggap kaedah rotan sebagai jalan terbaik memberi pengajaran dan mendidik anak-anak mereka. Bagaimanapun, ia bukan satu-satunya penyelesaian atau bentuk hukuman boleh dilaksanakan, apatah lagi jika perbuatan itu mengundang penganiayaan atau penderaan yang sangat dilarang agama.

Pensyarah Kanan Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Nik Salida Suhaila Nik Saleh, berkata Islam agama rahmah, justeru dalam semua perkara, termasuk mendidik anak sekalipun perlulah mengikut lunas syarak. Dalam soal merotan anak, katanya, tindakan itu jika perlu diambil sekalipun perlu dielak bersifat mendera, menzalimi atau menganiayai anak.

5 Kesan Pukul Anak Yang Akan Buat Kita Menyesal Seumur Hidup

Nik Salida juga berkata, walaupun ibu bapa mempunyai hak untuk merotan anak, ia perlu seiring rasa tanggungjawab bagi membentuk sahsiah dan keperibadian mulia. Perbuatan merotan anak bukan boleh dilakukan sesuka hati, tetapi ada syarat tertentu yang perlu diikuti.

Dalam kitab Tarbiyatul Aulad fil Islam ada menghuraikan garis panduan lengkap bagi kaedah merotan, antaranya, ibu bapa ketika itu mesti dalam keadaan emosinya tenang.

“Apabila sudah reda atau hilang kemarahan, baru dibenarkan merotan, jika tidak ia dikira tidak syarie,” katanya.

Selain itu, maksimum bagi merotan anak sebagai pengajaran tidak boleh melebihi 10 kali.

“Rotan mengikut kaedah Islam tidak boleh dibuat berulang kali secara berterusan, sebaliknya perlu dijarakkan tempohnya sehingga hilang pedih dan sepatutnya tidak boleh menyebabkan kesakitan.

“Apabila anak kembali taat dan tidak mengulangi perbuatan kurang disenangi, maka wajib untuk ibu bapa berhenti (merotan),” katanya.

Pukul Anak - Akibat Ini Akan Buat Anda Menyesal Seumur Hidup ...

Menurutnya lagi, ibu bapa perlu mengubah tanggapan mengenai kaedah rotan bagi mengelakkan mereka menyakiti fizikal anak secara keterlaluan.

“Rotan bukan untuk menyakitkan, tetapi bagi menginsafkan anak. Justeru, jika ada keperluan merotan, ibu bapa perlu melakukannya dengan penuh kasih sayang.

“Terang kepada anak, perbuatan itu demi kebaikan mereka dan tanggungjawab ibu bapa sebagai hamba Allah untuk beri didikan terbaik,” katanya.

 

Sumber dari Berita Harian.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement