Connect with us

Berita

Mengigil Kepala Lutut! Ziana Zain Kongsi Pengalaman Berlakon Sembilu

Sembilu sambut ulang tahun ke 25!

Published

on

Penyanyi dan pelakon Ziana Zain berkongsi pengalaman menjalani penggambaran filem pertamanya pada tahun 1994.

“Menggigil kepala lutut, hafal skrip bagai nak rak, lepas tu blank! Dah la takda bakat berlakon, krew punya lah ramai!”

Menurutnya, semasa dia dipanggil oleh pengarah Datuk Yusof Haslam membawakan watak antagonis dalam filem Sembilu, Ziana meluahkan rasa risau sekiranya ada penonton dan peminat mula membencinya.

Memetik kata-kata penuh bermakna pengarah filem itu:

“Tak matinya kau nanti. Kalau orang benci kau, maknanya cerita itu kau hayati, bagus kau bawakan watak tu.”

Semasa berkongsi pengalamannya di Kool FM bersama AG, Haiza dan Muaz, Ziana meluahkan rasa syukur kepada Yusof yang memberi peluang dan mencungkil bakatnya menerusi filem Sembilu, sehingga menjadi filem box office.

Secara bergurau, AG bertanya kepada Ziana sama ada pernah menaruh perasaan terhadap rakan gandingan filem iaitu Awie.

Sambil ketawa kecil, Ziana menjawab,

“Takde maknanya, kitorang macam adik beradik, takda perasaan langsung! Masa tu fokus nak cari duit je!”

Menurut Ziana, zaman kegemilangan filem Sembilu mencipta fenomena cerita dan lagu yang saling berkaitrapat, sekaligus menjadikannya sebuah filem yang masih diingati ramai.

Filem Sembilu menyambut ulangtahunnya yang ke 25 sejak mula ditayangkan pada 1994.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement