Connect with us

Hiburan

Menggamit Memori, Video Nyanyian Adik Achik Spin & Nana Kembali Tular

9 tahun dah dia pergi tinggalkan kita..

Published

on

17 April lalu, genap 9 tahun pemergian penyanyi yang terkenal dengan lagu Hadirlah Mustika iaitu Achik Spin atau nama sebenarnya Abdillah Murad bin Md. Shari.

Sebagaimana yang kita maklum, arwah meninggal disebabkan kemalangan jalan raya yang meragut nyawanya.

Arwah yang sinonim dengan rakan duetnya Nana pernah muncul dengan empat album bersama kumpulan Spin.

Lagu popular yang pernah dinyanyikan termasuk Gurauan Berkasih, Paling Comel dan banyak lagi.

Terbaru, menerusi laman Facebook Zul Ariffin, adminnya berkongsi video memaparkan adik kepada Achik menyanyikan salah satu lagunya bersama dengan Nana.

Terubat rindu tengok gandingan mereka berdua 😢

Terubat rindu tengok gandingan mereka berdua 😢

Zul Ariffin 发布于 2019年7月30日周二

Lagu yang berjudul Memori Berkasih itu dinyanyikan semula oleh adik Achik dan Nana menerusi satu persembahan kira-kira 3 tahun yang lalu.

Namun, selepas ia dimuat naik semula oleh pelakon Zul Ariffin, video berkenaan kini mendapat perhatian semula oleh netizen.

Rata-rata meninggalkan komen yang positive selain masih hiba dengan pemergian Arwah

Semoga arwah tenang dan ditempatkan bersama golongan orang yang beriman. Al-fatihah.

 

 

 

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement