Connect with us
On Air Di Kool

Gaya Hidup

Menarik! Ini Rupanya Akan Jadi Kalau Kita Peluk Musuh 20 Saat

Published

on


Bila sebut sahaja musuh, nak pandang muka pun menyampah. Apalagi kalau diminta nak berpeluk secara ‘kasih-sayang’ selama beberapa saat. Memang kita tak rela. Tapi ini ada kajian yang menarik dikongsikan mengenai apa yang bakal terjadi sekiranya kita berpelukan dengan seseorang yang tidak kita senangi.

Namun, berpelukan yang dimaksudkan di sini ialah pelukan kasih sayang dan bukannya bermaksud seksual. Jika kita berpeluk selama 20 saat, kita akan memiliki kadar oxytocin yang sama tinggi dengan mereka yang sedang jatuh cinta.

Tapi ingat, syaratnya anda kena minta kebenaran dan bertanya dulu dengan orang yang ingin anda peluk. Dengan ini, ia akan memberikan efek kesihatan yang sama tinggi. Selain itu, ada juga beberapa kelebihan berpelukan yang mungkin anda tak tahu. Jom baca!

via GIPHY

Meningkatkan kemesraan

Menurut seorang profesor saraf kognitif bernama Brian Hare, ketika kita memeluk sesuatu, otak kita akan melepaskan oksitosin. Kesannya, ia dapat meningkatkan perasaan kemesraan dan membantu mengeratkan ikatan antara manusia.

Tahap oksitosin yang tinggi dapat meningkatkan perasaan romantik seterusnya mengurangkan perasaan sepi dan terasing.

Ia tidak hanya terjadi ketika kita memeluk manusia, ia juga terjadi setiap kali kita memeluk haiwan seperti anjing dan kucing.

Kurangkan depresi

Selain daripada oksitosin, kajian juga menyatakan pelukan boleh melepaskan hormon dopamin yang memberikan rasa bahagia di dalam otak. Mereka yang selalu merasa tertekan dan depresi biasanya memiliki dopamin yang rendah.

via GIPHY

Melawan stres

Dalam sebuah kajian yang dilakukan Universiti Carnegie Mellon, Amerika Syarikat menunjukkan pelukan boleh mengurangkan stres dan tekanan. Ini kerana pelukan membuat seseorang rasa disokong  oleh lingkungan sosialnya.

Jadi, kalau difikir-fikir sebenarnya manfaat ini sangat berguna kalau kita memeluk mereka yang selalu membuat kita berasa stres dan tertekan. Apa kata korang pergi peluk orang yang paling banyak buat anda tertekan sekali. Contoh macam mak mentua. Eh? Selamat mencuba!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: CNN Indonesia

Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement