Connect with us
On Air Di Kool

Gaya Hidup

Memang Nampak Sama Tapi Lain, Jangan Keliru Dengan Bentuk Sayur Ni

Published

on


Jangan kita ingat manusia je ada kembar, sayur pun ada seiras tau! Itulah bahayanya kalau minta orang lelaki pergi beli barang basah. Dekat rumah kita dah ready nak masak tapi bila mereka balik bawa bahan masakan salah, kita jadi terpotong mood nak masak, alahai!

Jangan risau, setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian. Apa yang chuols boleh lakukan adalah bagi penerangan secara visual. Kalau terangkan melalui lisan confirm mereka blur jugak. Akhirnya, anda juga yang sakit hati sebab mereka tak faham-faham.

via GIPHY

Antara sayur lebih kurang adalah…

Jadi, bagi je artikel ni dekat mereka sebab kami akan senarai perbezaan sayur yang rupanya lebih kurang sama tapi berbeza. Sekurang-kurangnya, masuklah 60% data visual tentang sayur-sayuran yang rupa lebih kurang. Antaranya adalah…

Kubis bunga vs Kubis

Kita suruh beli kubis, mereka beli kubis bunga, alahai! Kalau nak kenal pasti mana satu kubis bunga senang je, rupa dia seperi brokoli tetapi warna putih. Kubis pula, bentuknya seakan daun tetapi bulat bewarna hijau keputihan.

Daun ketumbar dan daun sup

Jika anda lihat daun ketumbar, akarnya bersaiz lebih besar manakala daun sup akarnya kecil dan berserabut. Dari segi batangnya pula batang daun ketumbar lebih pendek, saiz daun lebih kecil dan agak rimbun manakala daun sup batangnya agak panjang, daunnya bersaiz lebar dan jarang-jarang.

Nak lagi mudah, bau je! Kalau daun sup akan menghasilkan aroma grassy dan daun ketumbar pula baunya lebih kuat dan tajam seakan-akan bau sabun.

 

Lagipun kami yakin bukan saja kaum lelaki yang kurang mahir tentang pengetahuan am ni tapi pasti ada kalangan wanita turut keliru dengan jenis sayur yang rupa lebih kurang ni.

Jangan ambil mudah ye, takut nanti jadi bahan ejekan atau bakal mak mertua tak berkenan dengan kita disebabkan tak mahir tentang jenis sayur. Semoga artikel ini bermanfaat untuk semua orang!

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Jangan Salah Beli! Ini Beza Antara Tin Ikan Sardin Dengan Tin Ikan Mackerel

Kena Tahu Beza 8 Jenis Cili Ini

 

 

 

 

 

 

Sumber: facebook

Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement