Semasa & Hiburan
Melodi Takdir Tercipta Benar-Benar Membuai
Terbaik vokal Hafiz dan Adira!
Lirik lagu Takdir Tercipta nyanyian Hafiz Suip dan Adira Suhaimi sememangnya boleh menangkap jiwa.
Lantunan vokal hebat mereka juga mendapat pujian ramai netizen.
Takdir Tercipta merupakan kolaborasi terbaru Hafiz dan Adira, hasil karya oleh dua komposer terkenal iaitu Ikhwan Fatanna serta Ayden Ali.
Lagu yang berentak balada ini mengisahkan dua pasangan bercinta yang saling mensyukuri keberadaan masing-masing dalam perhubungan mereka.
Sejak dimuat naik di laman Youtube pada 9 September, video lirik Takdir Tercipta sudah meraih lebih sejuta tontonan.