Connect with us
Kool FM

Berita

Melaka Benarkan Makan Di Kedai, Restoran Mulai 5 Jun

Jaga jarak sosial anda.

Published

on

Kerajaan Melaka telah membenarkan restoran dan kedai makan beroperasi seperti biasa dengan pelanggan boleh menikmati juadah di dalam premis, bermula Jumaat ini, 5 Jun 2020.

Ketua Menteri, Datuk Sulaiman Md Ali berkata, kebenaran itu turut membabitkan restoran mamak, medan selera, pusat penjaja, kedai makan tepi jalan berbumbung, kios serta kafe di hotel.

“Bagi perniagaan atau penjaja tanpa premis seperti kenderaan saji (food truck), penjaja beredar dan penjaja tepi jalan (sementara), perlu kekal dengan kaedah operasi secara bawa pulang atau penghantaran sahaja seperti ditetapkan dalam Prosedur Operasi Standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Bagaimanapun, semua kebenaran diberikan itu masih tertakluk kepada pematuhan SOP ditetapkan pihak berkuasa berkaitan termasuk Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan MKN,” katanya.

Sulaiman berkata, keputusan lain ditetapkan adalah tempoh pengoperasian premis ditetapkan sehingga 10 malam termasuk bagi premis dibenarkan beroperasi 24 jam sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lalu.

Menurutnya, susun atur dalam premis mestilah mematuhi SOP ditetapkan iaitu jarak dua meter antara meja, setiap meja dimuatkan tidak melebihi empat orang dan premis perlu menyatakan dengan jelas bilangan pelanggan yang dibenarkan pada satu-satu masa untuk memenuhi keperluan penjarakan sosial.

Sumber daripada: Harian Metro

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement