Connect with us
On Air Di Kool

Gaya Hidup

Masuk Fasa Berumur Dengan Bijak! Kenali 5 Jenis Makanan Yang Mencegah Gout

Published

on


Masalah penyakit gout ini selalunya dikaitkan dengan kaum lelaki yang berada dalam lingkungan umur 30 tahun ke atas. Namun bagi kaum wanita, jangan memandang rendah! Perempuan juga berpotensi untuk mengalami masalah ini terutamanya pada golongan yang sudah putus haid atau menopaus.

Gout adalah antara penyakit yang sudah lama muncul di muka bumi ini dan sejak dari dulu lagi penyakit ini digelar sebagai “The Disease of Kings” atau penyakit diraja. Ianya disebabkan ketika dulu hanya golongan bangsawan sahaja mempunyai potensi untuk mendapat penyakit ini atas sebab pemakanan yang mewah dan minuman keras. Sejak dari zaman Greek lagi, Penyakit gout ini dianggap sebagai tanda kekayaan dan dianggap sebagai simbol pada status diri. Wah, macam tu pun boleh ya?

Namun gout ini disebabkan oleh lebihan asid urik dalam badan dan melekat pada sendi dan tisu lembut terutama pada kaki. Ianya dikelaskan sebagai penyakit Artritis dan menyebabkan keradangan, bengkak dan sakit secara tiba-tiba pada sendi yang menyebabkan pergerakan pesakit terbatas. Ouch!

Baca: Tahukah Anda, Susu Dalam Tin Sebenarnya Bukan Susu? Ini Penjelasan Doktor

Tanda-tanda anda terkena Gout ini adalah rasa sakit pada sendi terutama di ibu jari kaki, lutut dan pergelangan kaki. Ianya sakit apabila disentuh dan mungkin diikuti dengan demam yang menggigil akibat kesakitan yang teruk. Ianya menjadi lebih ketara pada waktu tengah malam dan jika anda mempunyai tanda-tanda ini segera lah ke pusat kesihatan.

So, untuk mencegah atau mengatasi gout ini semuanya pasti bermula daripada pemakanan. Seperti mana yang Donna katakan tadi, golongan bangsawan zaman dahulu mendapat penyakit ini disebabkan pemakanan dan mereka sering makan makanan yang bermacam-macam berbanding orang yang susah. Jadi penulis ingin kongsikan beberapa makanan yang baik untuk mencegah penyakit gout ini.

Nanas

Nanas kaya dengan ‘Bromelain’ iaitu enzim yang bertindak mengurangkan pelbagai masalah dalam badan di antaranya adalah masalah otot. Ianya juga mempunyai vitamin C yang dapat mengurangkan keradangan pada sendi.

Kunyit

Kunyit atau bak kata orang putih, Turmeric gitu. Ia sebenarnya adalah bahan yang sering digunakan di dalam masakan yang mengandungi ‘cucurmin’ dan bukan cucur udang. Bahan ini bertindak sebagai anti keradangan. Ianya mampu mengurangkan masalah sakit sendi dan juga mampu membantu dalam masalah penghadaman.

Pegaga

Pegaga yang sesuai dibuat ulam ini adalah daun yang mempunyai ‘Phytochemical’. Ianya mampu mengurangkan risiko keradangan pada sendi dan mampu mengurangkan masalah diabetes dan sebagainya. Nak lagi mudah, Donna cadangkan anda untuk menanam sendiri ulam ini. Anda boleh jimat dan terus menerus menikmati hasilnya yang berkhasiat!

Lemon

Lemon adalah buah yang mempunyai kandungan vitamin C yang sangat tinggi dan sering digunakan untuk menyahtoksik badan. Ianya membantu mengurangkan masalah sendi anda dan sangat elok dimakan atau diminum untuk badan.

Cili

Cili adalah bahan makanan yang mampu memberikan masalah kalau anda consume dengan berlebihan. Namun jika dikawal kuantitinya, ianya dapat membantu dalam mengelakkan keradangan sendi anda kerana ianya mempunyai Vitamin A dan Vitamin C yang diperlukan untuk tubuh.

Selain perlu mengamalkan makanan yang disebutkan jangan lupa untuk elakkan dari makan makanan yang tinggi Purin. Contohnya adalah hati, paru, ikan bilis, ketam, udang dan kerang. Boleh makan namun berpada-pada dan minum air kosong secukupnya.

 

 

 

 

Baca juga:

Raya Ketika PKPB, Apakah Hikmahnya?

Ingat Semua Ikan Boleh Dimakan Ke? Hati-hati Dengan 5 Jenis Ikan Ini!

 

 

 

 

Sumber:myhealth.gov, hopkinsarthritis.org,freemalaysiatoday.com

 

 

 

Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement