Connect with us

Gaya Hidup

Masih single, tak bercinta dengan suami orang- Yaya Kuih Bulan nafi tuduhan

Published

on


LEMBARAN tahun 2020 dibuka dengan kisah seorang wanita yang bernama Hanna memuatnaik sebuah pautan di Facebook tentang suaminya yang menjalinkan hubungan sulit dengan dengan seorang gadis.Lebih menyedihkan apabila gadis tersebut yang dikenali sebagai Yaya itu sudah dianggap sebagai adik sendiri selama ini.

Ibu kepada tiga orang anak itu membongkar suaminya sudah menjalinkan hubungan dengan Yaya sejak tahun 2018 lagi apabila kantoi mesej mereka bersayang-sayang di Facebook padahal waktu itu Hanna sedang mengandung anak ketiga mereka. Bukan itu sahaja, suaminya dikatakan menyambut hari lahir Yaya di Madinah semasa mereka mengerjakan umrah.

 Yaya bagaimanapun hari ini menafikan kenyataan dan cerita yang dikeluarkan Hanna semalam. Usahawan kuih bulan itu menegaskan tidak pernah berkahwin di Thailand dan tidak bercinta dengan sesiapa apalagi mempunyai hubungan istimewa dengan suami orang.

Yaya menegaskan segala tuduhan yang dilemparkan kepadanya hanyalah fitnah semata-mata dna tidak teragak-agak untuk menyaman individu yang memburukkannya.

“Pada 6 Januari 2020 yang didakwa kononnya tarikh perkahwinan saya bersama lelaki itu di Thailand, ia tidak benar kerana pada hari itu saya sekeluarga berada di Kuantan kerana anak saudara dimasukkan ke hospital

“Saya masih bujang dan tidak bercinta dengan sesiapa, jauh sekali berkahwin dengan suami orang,” kata Yaya ketika dihubungi oleh pemberita tempatan.

Tak tahulah mana satu pihak yang benar. Apapun, semoga perkara ini dapat diselesaikan dengan baik. Kalau sudah bukan jodoh, tak mengapalah.

Sumber: Harian Metro

Sumber:

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement