Semasa & Hiburan
Masih Bulan Madu! Fasha Sandha Kongsi Pengalaman “Menyalang”
“Semua tempat masak, semua tempat kena makan!”
Pelakon Fasha Sandha yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan dengan Aidil Aziz, masih lagi melalui fasa romantic permulaan perkahwinan.
Ketika dihubungi oleh penyampai Kool FM AG, Muaz dan Haiza, Fasha mengakui seronok dengan pengalaman berkahwin kali ini, di mana keluarga besar Aidil penuh dengan adat istiadat.
Semasa majlis di Negeri Sembilan, Fasha dan Aidil melalui pengalaman seperti diarak menggunakan tandu, cuci periuk belanga selepas tamat majlis, dan Fasha mengakui ia satu pengalaman yang menyeronokkan.
Satu lagi tradisi ialah dengan membuat sarapan bersama ibu mertua pagi berikutnya, untuk semua ahli keluarga Aidil.
Kata Fasha lagi,
“Pada hari yang sama saya buat breakfast tu, kita kena pergi menyalang. Menyalang tu melawat 7 rumah keluarga yang terdekat dengan abang Aidil untuk salam-salam, dan berkenal-kenalan”
“Yang paling best tu, semua tempat masak, semua tempat kena makan!