Connect with us
Kool FM

Berita

Masa untuk UMNO bergerak ke hadapan – Khairy

Published

on


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin mengajak ahli-ahli UMNO bergerak ke hadapan dan melakukan proses rejuvenasi selepas Mahkamah Tinggi di sini mensabitkan bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak atas tujuh pertuduhan.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi itu berkata, keputusan mahkamah itu memberi kesan besar kepada UMNO.

Bekas Ketua Pemuda UMNO itu berkata, setiap pihak berhak untuk memberikan sokongan moral kepada bekas Perdana Menteri dan Ahli Parlimen Pekan itu.

“Saya berharap parti UMNO tidak diheret bersekali dalam kes tersebut. Saya yakin ahli-ahli UMNO akan terus setia kepada parti melebihi kesetiaan kita kepada mana-mana individu dalam parti.

“Tibalah masa untuk kita bina semula parti keramat UMNO ini dan untuk kita melihat kepada satu peralihan generasi kepimpinan yang bakal membawa parti ke era baharu” ujarnya dalam blog beliau hari ini. 

Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali mensabitkan Najid dengan tujuh bertuduhan berkaitan  pecah amanah, salah guna kuasa dan penggubahan wang haram membabitkan RM42 juta dana SRC International Sdn. Bhd. – UTUSAN ONLINE

The post Masa untuk UMNO bergerak ke hadapan – Khairy appeared first on Utusan Malaysia.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement