Connect with us
Kool FM

Berita

Marvel Studios Lancarkan Dua Trailer Baharu: Black Widow, Loki Kurang Daripada Seminggu

Siri Loki yang dibintangi pelakon kacak, Tom Hiddleston, akan dijangka keluar menemui peminat pada 11 Jun depan. Namun, ianya hanya akan ditayangkan di platform rasmi Disney+. 

Published

on

Marvel Studios baru sahaja melancarkan trailer “Black Widow” pada hari Sabtu yang lepas.

Namun, belum sempat keterujaan itu susut, Marvel Studios dengan kolaborasi Disney+ melancarkan trailer siri Loki baru-baru ini. Apa lagi, bertambah memuncaklah keterujaan peminat-peminat Marvel. Ini boleh dikatakan sebagai hadiah yang bermakna buat peminat tegar ‘superhero’ Marvel. 

Berdasarkan pengisian trailer Black Widow, Natasha Romanoff iaitu watak utama di dalam filem tersebut dilihat kembali ke masa lalu di mana semuanya bermula. Dia terpaksa berhadapan dengan sejarah hidup masa lampau supaya dapat mendepani ancaman yang lebih mencabar di masa hadapan. 

Manakala, siri Loki menceritakan bagaimana dia merentas masa memasuki satu dimensi yang lain ketika pasukan adiwiri, Avengers, gagal mendapatkan Tesseract pada tahun 2012. Jika anda pernah menonton Avengers: Endgame, anda tentu ingat bahawa Tesserect telah dicuri dalam pergelutan. Jadi di mana Tesseract itu berada? Mungkin kita akan mendapat jawapannya di dalam siri ini. 

Filem Black Widow yang dibintangi Scarlett Johansson ini dijangka keluar pada 9 Julai 2021 dan bakal ditayangkan serentak di pawagam dan platform penstriman rasmi Diney+. 

Siri Loki yang dibintangi pelakon kacak, Tom Hiddleston, akan dijangka keluar menemui peminat pada 11 Jun depan. Namun, ianya hanya akan ditayangkan di platform rasmi Disney+.  

Apa yang menyedihkan dan menjadi bualan di laman sosial adalah, Disney+ masih tiada lagi di Malaysia. Peminat dah teruja namun kecewa kerana tidak dapat menonton siri yang ditunggu-tunggu tersebut. 

Rata-rata rakyat Malaysia masih lagi tertanya-tanya dan meminta supaya platform penstriman Disney+ dibolehkan untuk masuk ke  negara ini. 

Penulis: Lily

Baca juga:

Minta Henti Guna Model  Orang Putih   Peraga Baju Kurung, Pereka Fesyen Jawab Sebab Tak Guna Model Melayu

{Purdah Tak Mampu Menutup Sifat Seakan Sombong Dan Angkuh”- Warganet Kecewa Terhadap Kenyataan Neelofa

 

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement