Connect with us
Kool FM

Berita

MAQIS P. Pinang rampas pokok kaktus, telur ayam

Published

on


SEBERANG PERAI – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) menggagalkan cubaan membawa masuk konsainan keluaran pertanian dan haiwan tanpa dokumen yang sah selepas melakukan pemeriksaan di Pejabat Pos Malaysia, Bukit Mertajam di sini kelmarin.

Pengarah MAQIS negeri, Zarina Ramli berkata, pihaknya yang bekerjasama dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia melakukan rampasan barangan berkenaan selepas membuat pemeriksaan ke atas mel dan kurier pos di pejabat pos itu.

“Pemeriksaan ke atas bungkusan milik seorang warga tempatan didapati mengandungi 205 pokok kaktus, 89.72 kilogram anak pokok bunga hiasan dan 124 bekas produk berasaskan najis lembu bernilai RM1,860.90 dari Thailand dan India.

“Terdapat satu lagi kes yang mengimport secara kurier 15 biji telur ayam dari Jepun tanpa sebarang dokumen import yang sah untuk kegunaan persendirian.

“Turut dirampas adalah 20 paket makanan tambahan untuk udang bernilai RM280 yang diimport dari Thailand milik pasangan warga tempatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Zarina berkata, pihaknya mendapati pengimportan barangan tersebut adalah tanpa mempunyai sebarang dokumen yang sah seperti permit import dan Sijil Akta Makanan Haiwan 2009.

Menurutnya, tindakan itu adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 11(3) akta sama.

Jika sabit kesalahan, individu boleh didenda tidak lebih RM100,000 atau dipenjarakan tidak lebih enam tahun atau kedua-duanya sekali. – K! ONLINE

The post MAQIS P. Pinang rampas pokok kaktus, telur ayam appeared first on Kosmo Digital.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement