Connect with us

Semasa & Hiburan

“Manusia Ni Benci Dengan Kebenaran” – Fimie Don Luah Rasa Tak Suka Kepada Manusia Ego

Manusia seperti ini boleh diibaratkan seperti tin kosong yang kuat berbunyi.

Published

on

Pernah tak korang berada di dalam satu situasi di mana korang terpaksa mendengar orang “kuat sembang” berkata-kata? “Kuat sembang” adalah satu karakter yang kita beri buat mereka yang suka bercakap bagaikan mereka tahu semua benda di dunia ataupun orang yang pura-pura tahu tetapi sebenarnya tidak mempunyai ilmu yang mendalam tentang sesuatu perkara. Manusia seperti ini boleh diibaratkan seperti tin kosong yang kuat berbunyi.

Terbaru, seorang pelakon, Shafimie Saedon atau Fimie Don yang diingati ramai melalui wataknya sebagai Shazlan di dalam drama Hikayat Putera Shazlan, berkongsikan pendapatnya mengenai manusia ego dan kuat sembang di laman Instagram miliknya.

Baca juga:Β Tak Pasal-Pasal Instafamous Jadi Banduan Sehari Gara-Gara Honeymoon

Fimie pertama kali mengirimkan video berkenaan di Instagram story dan menerima banyak direct message (DM) berkenaan isu tersebut. Katanya di tidak sempat untuk membaca DM yang membanjiri ruang mesejnya lalu membuat keputusan untuk berkongsikan video tersebut sekali lagi di Instagram feed supaya orang ramai boleh turut memberikan komen tentang hal tersebut.

Menerusi video yang berdurasi 2.29 minit itu, Fimie meluahkan rasa benci terhadap mereka yag suka bersembang seakan-akan orang lain tidak tahu langsung tentang topik yang disembangkan sehingga menampakkan mereka seperti orang bodoh. Katanya mereka yang seperti ini ego.

“Aku tahu kau bijak tapi relaks”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by RFD (@realfimiedon)

Fimie mengaku bahawa dia mempunyai tabiat di mana dia selalu mengiakan apa yang orang lain katakan kepadanya. Hal ini adalah kerana dia tidak mahu bergaduh mulut dengan manusia.

“Manusia ni benci dengan kebenaran. Mereka lebih sukakan comfort lies”

Tambah Fimie, dia mempunyai pendiriannya sendiri dan dia hanya akan melakukan apa yang dia mahu dan bukannya mengikut kata orang lain serta menerima sahaja apa yang dikatakan. Mungkin pada luarannya dia bersetuju tetapi di dalam hatinya masih teguh menidakkan apa yang salah.

Melihat kepada ruangan komen posting tersebut, rata-rata menyokong apa yang dikatakan Fimie dan turut meluahkan rasa tidak suka kepada golongan manusia seperti ini.

Jika difikirkan, memang ada manusia yang begitu di dalam dunia ini. Manusia yang sentiasa mahu menang dan tidak mahu dirinya dilihat kurang dari orang lain. Semoga kita semua terhindar dari menjadi salah seorang manusia yang begitu.

Baca juga: “Kalau Betul Dah Tanya Kenapa Delete Komen Saya..” – Isu Asyraf Khalid ‘Jual’ Gambar Adik Masih Hangat

Sumber:Β Fimie Don

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement