Connect with us
Kool FM

Berita

Manfaatkan Kedatangan Bulan Ramadan Bersama Keluarga

Jadikan Ramadan kali ini penuh makna..

Published

on

“Barangsiapa yang berpuasa dalam bulan Ramadan dalam keadaan penuh keimanan dan ihtisab, maka akan diampunkan baginya dosanya yang terdahulu”

Begitulah riwayat Al-Bukhari yang sedikit sebanyak mahu umat Islam menghidupkan bulan yang mulia ini dengan amalan berpuasa dengan penuh keimanan.

Tidak hanya berpuasa, umat Islam juga boleh memenuhi masa yang terluang dengan pelbagai perkara berfaedah. Lebih-lebih lagi ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang memperuntukkan rakyat Malaysia berada di rumah bagi memutuskan penularan wabak COVID-19.

Berbeza dengan tahun sebelumnya, Ramadan kali ini disambut dengan penuh makna susulan umat Islam rata-rata menghabiskan masa-masa mereka di rumah. Oleh itu, berikut beberapa perkara yang bermanfaat boleh dilakukan dalam bulan Ramadan bersama dengan keluarga tersayang.

1. Berkongsi dan Menghayati Sirah Nabi Bersama Keluarga

Silap kami - Wawa Zainal akui anak alami speech delay kerana suka ...

2. Mengaji dan Bertadarus Al-Quran Bersama Keluarga

3. Menyediakan Juadah Berbuka Bersama Keluarga

Baca Zikir Ini Ketika Memasak Insya Allah Anak Tak Degil Melawan Cakap

4. Solat Berjemaah Bersama Keluarga di Rumah

solat berjemaah – Anak Syurga Idaman Semua

Sambutlah Ramadan dengan jiwa terbuka, seperti menyambut ketibaan orang yang kita cinta.

Jika anda tidak berpeluang untuk menyambutnya bersama dengan keluarga tersayang, sambutlah ia dengan rakan-rakan rumah atau rakan sebilik.

Tidak mengapa kalau anda keseorangan, dunia kini serba moden, jadi tidak ada masalah untuk lakukannya menerusi dalam talian.

Perkara ini bukan hanya dapat meningkatkan iman, malah ia juga mampu mengeratkan silaturahim sesama manusia. Selamat beramal.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement