Connect with us
Webinar Kool

Gaya Hidup

Mampukah E-Sukan Dijadikan Sebagai Kerjaya?

E-sukan semakin diminati ramai…

Published

on

Dalam zaman yang penuh dengan teknologi dan gajet-gajet canggih ini, tentu sekali kerjaya yang ada dipasaran semakin pelbagai. Namun, siapa sangka bahawa aktiviti yang dahulunya hanya dilakukan untuk suka-suka atau hobi, kini sudah boleh dijadikan sebagai kerjaya. Kerjaya sukan elektronik atau disebut sebagai E-sukan semakin mendapat tempat di negara ini dan dilihat berpotensi untuk menjadi karier yang menawarkan pendapatan lumayan dengan bermain permainan video secara kompetitif. 

Tambahan lagi, dengan adanya platform media sosial seperti Facebook (FB) yang menyediakan ruang untuk penstriman permainan video, ia secara tidak langsung telah membuka ruang kepada pemain untuk  menjana pendapatan menerusi mekanisme kiriman bintang. Bagi kalangan lepasan universiti pula, kerjaya E-sukan ini boleh digilap di peringkat awal lagi dan seterusnya dikembangkan untuk menjadi kerjaya yang baharu. 

Malaysia mempunyai ramai pemain berbakat yang turut bertanding dalam banyak pertandingan antarabangsa bertaraf Olimpik dalam permainan video seperti Dota 2, Mobile Legends, Counter Strike: Global Offensive, Tekken 7 dan FIFA. Walaupun banyak berita-berita tentang kejayaan anak muda Malaysia yang menceburkan diri dalam bidang E-sukan, namun perkembangan E-sukan di negara ini sedikit berbeza dengan negara-negara lain yang telah melahirkan banyak atlet-atlet profesional bergelar jutawan. Itu lah hakikat yang harus dihadapi oleh atlet profesional Malaysia walaupun ia semakin diminati umum. 

Mampu Bergelar Jutawan Dalam Bidang E-Sukan

Menurut Penasihat Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Dr Abdul Kadir Warsi Mohamed, bidang E-sukan adalah satu kerjaya masa hadapan yang menawarkan pendapatan lumayan selain daripada kemahiran pemain. Dalam peringkat antarabangsa, hadiah wang terkumpul bagi pemenang perlawanan E-sukan adalah lebih banyak berbanding jumlah wang tunai yang ditawarkan dalam sukan golf.

Bagi mereka yang mengikuti acara sukan golf, sudah tentu tahu bahawa ia merupakan sukan yang menawarkan hadiah paling lumayan kepada pemenang. Namun pada masa kini, sukan elektronik telah pun merampas takhta tersebut sebagai sukan ‘jutawan.’ Jika dilihat trend dan berita semasa, ramai atlet E-sukan telah pun bergelar jutawan di peringkat antarabangsa dan ia sekali gus mempunyai potensi yang sangat besar untuk dijadikan kerjaya masa hadapan.

Dengan kehadiran jaringan Internet 5G, segmen sukan ini dilihat akan semakin berkembang selari dengan negara kita yang sedang melangkah ke era digital dan Revolusi Industri 4.0. Sememangnya, satu laluan kerjaya yang khusus perlu disediakan agar semua peringkat umur di negara ini diberi peluang yang sama dalam industri baharu ini.

Sumber daripada: Harian Metro

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement