Connect with us
Muaz Kasi Jadi

Hiburan

Mamat Khalid Tunjuk Perkembangan Positif

Pengarah popular, Mamat Khalid kini menunjukkan perkembangan positif selepas dua hari dimasukkan ke ICU di sebuah pusat perubatan di Ampang, Selangor.

Published

on

Pengarah popular, Mamat Khalid kini menunjukkan perkembangan positif selepas dua hari dimasukkan ke ICU di sebuah pusat perubatan di Ampang, Selangor.

Menurut isterinya, Hasmah Hassan berkata, suaminya sudah boleh menggerakkan kaki dan membalas genggaman tangan setiap kali bacaan surah Yasin.

“Alhamdulillah ada menunjukkan perkembangan positif, ubat sudah berkurangan dan dia boleh menggerakkan kaki. Bila saya baca Yasin dia akan genggam tangan saya,” ujarnya.

Untuk pengetahuan, Mamat yang popular dengan siri filem Hantu Kak Limah sebelum ini dilaporkan dalam keadaan kritikal ketika dimasukkan ke hospital akibat batuk berterusan dan sesak nafas pada Jumaat lalu. 

Dalam pada itu, isterinya juga percaya Mamat akan kembali pulih kerana suaminya seorang yang kuat dan akan berjuang untuk melawan penyakit itu.

“Buat masa ini saya hanya berdoa yang terbaik. Saya kena kuat dan saya percaya dia juga kuat,” katanya lagi.

Didoakan semoga Mamat Khalid segera sembuh seperti sedia kala.

 

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement