Connect with us
Hot Kool Jam

Hiburan

Mamat Khalid Makin Sihat, Tunai Ibadat Puasa

Pengarah terkenal, Mamat Khalid kini semakin pulih.

Published

on

Pengarah terkenal, Mamat Khalid kini semakin pulih.

“Alhamdulillah, saya sudah semakin sihat dan mampu menunaikan ibadat puasa pada Ramadan kali ini. Saya juga buat solat Tarawih di rumah saja kerana masih berkerusi roda,” katanya.

Menurut Mamat, dia kini berehat di kediamannya di Sarang Art Hub, Tanjung Malim, Perak bersama keluarga.

“Saya juga masih menjalani rawatan fisioterapi seperti ditetapkan doktor.

“Saya masih berkerusi roda kerana otot kaki mengecut selepas tiga minggu koma sebelum ini.

“Menurut doktor, ia terpulang kepada usaha saya untuk kerap buat fisioterapi bagi membolehkan kembali berjalan semula,” ujarnya lagi.

Terdahulu, pengarah filem Hantu Kak Limah itu dimasukkan ke hospital swasta pada awal tahun ini kerana komplikasi jantung dan buah pinggang.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement