Connect with us

Berita

Malaysia Tambah Emas, Farah Ann Terus Unggul!

Tahniah!

Published

on

Ratu gimnastik artistik negara Farah Ann Abdul Hadi menutup tirai kempen Sukan SEA 2019 di Manila dengan penuh bergaya apabila dia membawa pulang 3 emas.

Selepas mengungguli saingan individu keseluruhan dan palang bertingkat, Farah membuktikan kehebatannnya apabila mempertahankan emas acara senaman lantai semalam, Rabu 6 Disember.

Instagram Majlis Sukan Negara Malaysia

Dia yang sudah melayakkan diri ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 mengutip 12.600 mata, sekaligus mengatasi pencabar terdekatnya dari Indonesia Rifda Irfanaluthfi yang mencatat 12.333 mata untuk meraih perak. Gangsa menjadi milik atlet Vietnam Tran Doan Quynh Nam.

Sebagai rekod, ini adalah emas ketujuh buat Farah pada sepanjang aksi di Sukan SEA.

Dia sebelum ini memenangi dua emas pada edisi 2017 di Kuala Lumpur, dan turut memenangi emas berpasukan dan senaman lantai pada edisi 2015 di Singapura.

Seorang lagi gimnas negara, Tracie Ang turut memenangi emas acara batang titian dengan catatan 12.867 mata.

Instagram Majlis Sukan Negara Malaysia

Dalam sukan boling padang pula, pasukan fours lelaki meraih emas selepas mudah membenam Brunei 24-6 di pentas final pada Rabu 6 Disember.

Foto Berita Harian

Hari keempat Sukan SEA menyaksikan Malaysia mengutip 21 emas keseluruhan, 12 perak dan 22 gangsa.

Malaysia di tangga ketiga di belakang Filipina yang masih unggul di tempat pertama dengan 56 emas, dan Vietnam kedua dengan 27 emas.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement