Connect with us
On Air Di Kool

Gaya Hidup

Malas Bersenam Lebih Merbahaya Dari Merokok!

Published

on


Apa guna jika kita tidak bersenam langsung dalam menjaga kesihatan diri? Mahu mengekalkan kesihatan diri ini sebenarnya bukan sahaja daripada menjaga permakanan sahaja. Malah, bersenam juga memainkan satu peranan yang sangat besar.

Cuba fikirkan, mahu mengekalkan awet muda? Wajib bersenam selalu. Mahu mengekalkan tubuh yang langsing secara semula jadi? Bersenam juga terlibat dalam prosesnya. Mahu mengekalkan kesihatan yang berpanjangan? Doktor juga akan suruh bersenam. Mahu sembuh dari penyakit? Bersenam juga boleh jadi salah satu langkah yang baik!

Walau bagaimanapun, Donna terpanggil dengan satu rencana ini dari sumber yang menyatakan malas bersenam sebenarnya lebih merbahaya dari merokok!  Bayangkan merokok itu sahaja sudah sangat merbahayakan. Ini, malas bersenam lebih merbahaya!

Tapi mengapa ya? Baiklah Donna akan terangkan kepada anda semua. Seperti mana yang kita ketahui, malas bersenam ini merupakan satu habit yang tidak sihat  dan menaikkan risiko untuk penyakit kronik seperti diabetes dan juga sakit jantung.

Menurut sumber lagi, sebuah kajian juga turut menunjukkan akibat tidak bersenam boleh menyebabkan kematian yang mengejut.

Baca:Jangan Mudah Terpedaya Dengan Doktor FB, Ambil Vitamin C Elak Covid

via GIPHY

 

Kajian yang dikatakan tadi melibatkan seramai 122,007 orang yang mengambil ujian larian di Cleveland, Amerika Syarikat. Bermula antara 1 Januari 1991 sehingga 31 Disember 2014 adalah pengukur penyebab kematian dek kerana sikap malas untuk bersenam.

Tambahan pula, 12 % daripadanya pula kurang bersenam dan menyebabkan terdedah kepada risiko penyakit berkaitan dengan buah pinggang setinggi dua kali ganda berbanding diabetes dan juga sakit jantung!

Dalam pada sepanjang waktu itu, pengkaji mendapati kajian mereka yang kuat bersenam berhadapan dengan risiko yang rendah akan kematian yang mengejut berbanding mereka yang tidak gemar.

 

via GIPHY

Dalam pada masa yang sama juga, para pengkaji yang dari Cleveland juga menyeru supaya kita mengamalkan gaya hidup yang sihat dan bersenam dengan cukup bagi bertujuan untuk kesihatan diri yang bermanfaat.Oleh itu, bersenamlah mengikut kesesuaian diri dan jantina. Jika malas bersenam sanggupkah untuk anda menanggung risiko penyakit yang tidak mengenal manusia itu? Bersenam juga tiada batasan usia mahupun jantina tetapi sekiranya malas bersenam penyakit yang menanti kita.

Baca:

Raya Ketika PKPB, Apakah Hikmahnya?

Kos Rawatan RM 8000, Anak Sah Positif Kawasaki Terpaksa Makan Ubat Pesakit Jantung Dewasa

 

 

 

 

 

Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement