Connect with us
Kool FM

Berita

Malang ragut warga emas dapat RM20, kemalangan

Published

on


KOTA TINGGI: Tindakan seorang lelaki meragut beg tangan warga emas di Jalan Tambatan di sini nyata tidak berbaloi apabila dia terlibat kemalangan ketika cuba melarikan diri.

Peragut terbabit juga dikatakan hanya mendapat RM20 yang ada dalam beg tangan mangsa.

Ketua Polis Daerah Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 pagi semalam, mangsa berusia 68, dalam perjalanan ke hospital bagi mendapatkan rawatan. 

“Tiba-tiba beg tangan mangsa yang berjalan seorang diri, diragut suspek. Pemandu sebuah kereta menyaksikan perbuatan itu mengejar motosikal suspek yang cuba melarikan diri.

“Semasa adegan kejar-mengejar tersebut, berlaku kemalangan di antara suspek dengan kenderaan lain. Dia terjatuh tetapi berjaya melarikan diri,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Jelas Hussin, usaha mengesan suspek sedang dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi.

Katanya, ekoran kejadian itu mangsa luka di bahagian siku dan pergelangan tangan kiri.

“Beg itu yang dilarikan suspek hanya mengandungi buku rawatan hospital serta wang tunai RM20. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

The post Malang ragut warga emas dapat RM20, kemalangan appeared first on Utusan Malaysia.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement