Connect with us
Webinar Kool

Gaya Hidup

Makan Yogurt Setiap Pagi Mampu Cegah Infeksi Pada Vagina

Published

on


Bila sebut je pasal yogurt apa yang terlintas dalam fikiran anda? Haa mesti anda menganggap ia sebagai salah satu antara makanan ‘healthy’ atau sering digunakan dalam penjagaan kulit muka. Tidak kira sama ada golongan dewasa atau kanak-kanak yogurt ini memang sudah lama digemari oleh semua golongan masyarakat kerana semangkuk kecil yogurt dimakan mampu memberikan tenaga sepanjang hari.

Untuk pengetahuan anda, yogurt sebenarnya berasal daripada susu dan serat yang mengandungi beberapa nutrisi antaranya, potassium, kalsium,magnesium, vitamin B2 dan vitamin B12. Jika anda mengamalkan ia setiap hari secara teratur anda akan dapat lihat perubahan dan kesan baik terhadap tubuh badan anda antaranya :

Related image

Sumber: kqed

Melancarkan Sistem Pencernaan

Kalau sering makan pedas atau perut anda sensitif, amat bagus jika anda mengambil yogurt pada setiap pagi kerana ia amat baik untuk sistem penghadaman kerana ia akan bertindak untuk melindungi usus dan sistem pencernaan daripada racun dan bakteria jahat.

Tubuh Badan Lebih Kuat

Yogurt juga berfungsi untuk melawan kuman penyebab penyakit dan menjaga usus anda dalam keadaan baik. Bukan itu sahaja, ia juga bertindak untuk meningkatkan kekebalan kerana terdapat nutrisi seperti magnesium dan juga selenium.

Image result for eat yogurt

Sumber: verywell

Mencegah Infeksi Vagina

Faraj kita penuh dengan lactobacillus sejenis bakteria baik yang membantu faraj mengekalkan paras pH yang sihat. Buat kaum Hawa, lepas ni anda boleh amalkan yogurt pada setiap hari kerana dapat mengekalkan keseimbangan bakteria yang sihat untuk menggalakkan paras pH yang baik supaya dapat menggalakkan pertumbuhan lactobacillus yang sihat.

 

Menjaga Kesihatan Gigi

Untuk anak-anak yang gemar makan makanan manis tu, anda boleh gantikan ia dengan yogurt kerana terdapat nutrisi aktif yang mampu melindungi gusi anak-anak anda daripada kuman dan partikel makanan yang tidak diingini.

Haa, banyak rupanya manfaat kalau anda dan keluarga amalkan makan yogurt setiap hari, mulakan hari ini dengan mengambil makanan sihat sebab mencegah lebih baik daripada merawat.

 

 

Untuk artikel lebih menarik anda boleh klik link di sini :

Seminit Pun Dah Cukup, Pelukan Suami Buat Isteri Lebih Sihat

 

 

 

 

Sumber: lifestyle

 

Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement