Semasa & Hiburan
Majlis Ulangtahun Neelofa Terus Disambut, Tapi Tema Kali Ini Luar Biasa
10 Februari yang lalu merupakan ulangtahun kelahiran pelakon manis dan pengacara kacukan Melayu-Pakistan, Noor Neelofa yang ke-30 tahun.
10 Februari yang lalu merupakan ulangtahun kelahiran pelakon manis dan pengacara kacukan Melayu-Pakistan, Noor Neelofa yang ke-30 tahun.
Sempena ulangtahunnya juga, Neelofa telah menganjurkan majlis kerohanian yang bertemakan Light And Love Saturdate bersama keluarga dan para peminat dengan bimbingan Imam Muda Asyraf bertempat di Masjid At-Taqwa, TTDI Petaling Jaya serta turut mendapat kejutan daripada peminatnya.
Malam tadi, bertempat di kediaman Neelofa sekali lagi telah diadakan majlis ulangtahun Neelofa secara tertutup bersama ahli keluarga dan rakan-rakan rapat serta bertemakan Pyjama Party.
Seronok pula tengok majlis Neelofa kali ini, idea pakaian tidur pun bernas. Mesti ada yang dah plan nak buat macam ni jugak kan?