Connect with us
Carta Spotlite Kool

Berita

Majlis Perkahwinan: Perbelanjaan Yang Munasabah

Perkongsian yang baik..

Published

on

Bila sebut tentang perkahwinan, pastinya perkara pertama yang diutamakan adalah kos perbelanjaan bagi merealisasikan majlis impian bagi setiap individu.

Lebih-lebih lagi pada tahun 2020, pelbagai inovasi telah dilakukan termasuklah kek tergantung yang dipaparkan semasa majlis perkahwinan pasangan pelakon Aiman Hakim Ridza dan Zahirah Macwilson pada 20 Februari 2020.

Image result for zahirah macwilson wedding cake

Namun, hakikatnya semua perkahwinan sama yang diharapkan akan berpanjangan, berkekalan dan diakhiri dengan kebahagiaan sehingga ke akhir hayat.

Bagaimanapun Kool Talk pada 4 Mac 2020 membincangkan tentang wang hantaran mengikut tahun, iaitu pada tahun 2020 ramai yang menjangkakan nilai tersebut akan menjadi sehingga RM20,000.

Tetapi ia sebenarnya terletak pada pasangan itu sendiri yang rata-ratanya mengikut kemampuan masing-masing sama ada konsep yang mahu diketengahkan itu adalah ringkas mahupun serba mewah.

Jika pada zaman dahulu, konsep yang digunakan seperti biasa adalah persalinan nikah dan busana songket. Namun dalam mendepani arus pemodenan zaman ketika ini, ramai pasangan yang mengenakan lebih daripada dua persalinan semata-mata mahukan kelainan dalam setiap foto.

Image result for pelakon songket scha alyahya

Image result for fazura wedding dress

Jadi, masih relevenkah kos perbelanjaan RM15,000 untuk memenuhi kehendak pasangan yang akan diraikan pada tahun ini? Menurut AG, sekurang-kurangnya RM30,000 perlu berada dalam simpanan walaupun perkahwinan tersebut hanya dilakukan secara sederhana.

Ini kerana kos penyewaan pelamin, menjamu tetamu, persalinan, fotografi, andaman, buah tangan buat tetamu dan lain-lain lagi bukanlah murah seperti yang disangka.

Dengarkan lanjut perbualan antara AG, Haiza dan Muaz bersama dengan pendengar-pendengar lain mengenai kos atau pengalaman mengendalikan perkahwinan menerusi Catch Up Kool dibawah:-

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement