Connect with us
Kool FM

Berita

Majlis Graduasi ‘Drive-Thru’

Majlis yang unik!

Published

on

Susulan pandemik Covid-19, sekumpulan pelajar Canadian International School (CIS) di Bangalore, India meraikan tamat pengajian dengan mengadakan majlis pandu lalu iaitu menaiki kenderaan masing-masing.

Majlis yang menyaksikan pelajar lengkap dengan persalinan jubah dan topi konvokesyen itu dimuat naik di Facebook, pertama kali diadakan pada Jumaat lalu demi memastikan pelajar sesi 2020 mempunyai kenangan konvokesyen.

“Hari ini CIS buat julung kalinya menganjurkan majlis konvokesyen pandu lalu. Graduan dan ibu bapa memandu masuk ke padang bola dan setiap kali kenderaan lalu, guru akan meraikan mereka dan menyerahkan sijil.

“Majlis graduasi tahun ini bertemakan ‘Kita cari jalan atau membuatnya’ benar-benar bersinar!” kata kenyataan sekolah itu di Facebook.

Hantaran itu disertakan foto-foto memaparkan kemeriahan majlis dan kegembiraan pelajar yang tamat pengajian.

Majlis terkawal dengan masing-masing mengekalkan langkah pencegahan Covid-19.

Sumber daripada: Harian Metro

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement