Connect with us
On Air Di Kool

Semasa & Hiburan

Magis Wany Hasrita Menerusi “Canggung”

Wow, best lah lagu Canggung ni!

Published

on

Setelah kejayaan single duet bersama Datuk Jamal Abdillah, Belenggu Rindu, penyanyi Wany Hasrita kini hadir dengan buah tangan terbaru berjudul Canggung.

Lagu ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong itu mirip lagu Belenggu Rindu tetapi diberi suntikan eksotik menyaksikan Wany melakukan transformasi berbeza melalui tarian, mood dan suasana di dalam video muziknya.

Buktinya, lagu yang dilancarkan pada 27 Mac itu trending nombor 1 di laman Youtube dengan meraih lebih 435,000 jumlah tontonan dan 32,000 tanda suka daripada peminat, setakat artikel ini ditulis.

Biarpun baru empat tahun menceburi industri seni, penyanyi berusia 28 tahun itu berjaya menambat hati peminat sejak dulu hingga kini menerusi lagu Menahan Rindu, Rintihan Rindu dan single duet Di Sana Cinta Di Sini Rindu bersama Tajul.

Semoga Wany Hasrita terus sukses!

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement