Berita
“Maaf Tak Dapat Besarkan Atas Sebab…” – Tinggalkan Anak Dalam Kotak
Kemungkinan bayi itu ditinggalkan selepas selesai waktu Subuh.
Baru-baru ini, penduduk Kampung Sungai Kajang Baru terkejut apabila menemui seorang bayi lelaki yang diletakkan di dalam kotak berserta sekeping nota tulisan tangan ditemui di pintu pagar utama Surau Nurul Huda.
Kotak tersebut ditemui oleh Ketua guru Sekolah Agama Rakyat (SAR) Kafa Integrasi Nurul Huda, Kampung Sungai Kajang Baru, Mohd Maidin Abdul Rahim pada jam 7.15 pagi ketika dalam perjalanan menuju ke sekolah.
Sumber: harianmetro
Menurutnya, bayi tersebut diletakkan di dalam sebuah kotak dan dilengkapi lampin pakai buang, bedak serta tisu basah. Turut ditemui, nota tulisan tangan yang memohon maaf kerana tidak mampu membesarkan bayi itu disebabkan faktor ekonomi selain berterima kasih kepada individu yang sanggup membesarkannya.
Surat tersebut berbunyi…
Kami mohon maaf kerana tak dapat membesarkan Muhammad Arif atas sebab ekonomi. Kami mohon sesiapa yang sanggup membesarkan dia, kami sangat-sangat berterima kasih,”
“Ketika kejadian, saya dalam perjalanan ke sekolah untuk meninjau kerja pembersihan. Tiba di lokasi, saya perasan ada kotak ditutup dengan kain biru di pintu pagar utama surau dan menyangka ada orang buang anak kucing. Saya ambil keputusan untuk menyelak kain dan terkejut melihat bayi di dalamnya,” jelasnya.
Berikutan itu, penduduk kampung mendakwa kemungkinan bayi itu ditinggalkan selepas selesai waktu Subuh memandangkan beberapa jemaah yang dibenarkan ke surau tidak perasan kotak berada di situ.
Sumber: twitter
Beliau berkata, kejadian pertama di kampung berkenaan dan terkilan dengan sikap tidak bertanggungjawab individu yang meninggalkan bayi itu begitu sahaja.
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa ketika dihubungi mengesahkan mengenai penemuan bayi itu dan akan menyiasat lanjut berkaitannya.
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
Tular Video Ibu Campak Dua Anaknya Ke Sungai Hanya Kerana Dendam Terhadap Suami
Letak Nama Unik Pada Anak Demi Wifi Percuma Selama 18 Tahun
Sumber: BH