Maaf Aku Bukan Dia | Kool FM
Home > Dramatik Kool > Maaf Aku Bukan Dia

Maaf Aku Bukan Dia

/ / /
Comments are Off

Sinopsis

Mak Ita seorang wanita tua berumur 60-an yang tinggal seorang diri di sebuah kampung. Mak Ita mempunyai seorang anak lelaki iaitu Khalel. Namun Khalel telah meninggalkan kampung halaman selama 19 tahun selepas berselisih faham dengan ibunya. Mak Ita percaya satu hari nanti Khalel akan pulang ke pangkuannya. Mak Ita mempunyai seorang jiran iaitu Maryam yang selalu mengambil berat tentang diri Mak Ita. Maryam seorang gadis berumur awal 20-an. Maryam telah kematian ibunya ketika dia berusia 6 tahun. Maryam tinggal dengan ayahnya seorang Imam. Maryam menganggap Mak Ita seperti ibu kandungnya. Seperti orang kampung yang lain, Maryam juga tidak yakin yang anak Mak Ita iaitu Khalel akan kembali kerana sejak Khalel meninggalkan kampung halaman, langsung tidak ada khabar berita darinya. Satu malam, seorang lelaki iaitu Saiful muncul di hadapan pintu rumah Mak Ita. Saiful luka dan kelihatan seperti sedang dalam masalah. Mak Ita meyangka anaknya Khalel telah pulang ke pangkuannya. Mak Ita memberitahu jiran-jiran bahawa anaknya Khalel telah pulang. Maryam tumpang gembira mendengar berita itu. Mak Ita dan Maryam merawat Saiful sehingga dia sembuh. Satu hari Saiful mengambil keputusan untuk meninggalkan kampung itu, kerana dia tidak mahu Mak Ita dan orang kampung tahu siapa dirinya yang sebenar. Malangnya semasa dia ingin melarikan diri, dia terserempak dengan Maryam. Maryam meyangkakan bahawa anak Mak Ita ingin meninggalkan Mak Ita sekali lagi. Maryam bersungguh-sungguh menghalang Saiful dari pergi. Saiful tidak sampai hati untuk meninggalkan wanita yang baik hati serta melayannya seperti anak sendiri. Dia pun membatalkan hasratnya untuk pergi. Sejak itu Saiful tinggal bersama Mak Ita dan berpura-pura menjadi Khalel. Saiful melayan Mak Ita seperti ibu kandungnya sendiri. Saiful juga disenangi oleh penduduk kampung kerana budi pekertinya yang baik. Tanpa disangka Saiful dan Maryam saling jatuh cinta. Dalam diam Saiful rasa bersalah kerana telah menipu semua orang.Saiful berniat untuk memberitahu semua orang tentang perkara sebenar tetapi sering gagal kerana dia tak tahu bagaimana caranya. Saiful rasa dia dah termasuk jeratnya sendiri dan lebih sulit lagi Saiful gembira menjadi Khalel. Tanpa disangka-sangka satu hari Khalel yang sebenar pulang ke kampung halaman. Saiful panik dan melarikan diri. Mak Ita pula enggan menerima kenyataan bahawa lelaki yang selama ini dianggapnya Khalel rupanya orang lain. Mak Ita langsung tidak gembira dengan kepulangan anak kandungnya Khalel. Malah Mak Ita asyik teringatkan Saiful dan mengharapkan lelaki itu kembali kepangkuannya. Akhirnya Saiful kembali ke pangkuan Mak Ita dan meminta maaf kepada semua orang. Mak Ita memberitahu Saiful bahawa selama ini dia tahu Saiful bukan anaknya, kerana tak mungkin seorang ibu tak kenal anaknya sendiri. Tapi kasih sayang seorang ibu yang terlalu rindukan anaknya membuatkan Mak Ita menerima Saiful seperti anaknya sendiri. Mak Ita bersyukur kepada Tuah kerana sekarang dia ada dua orang nak lelaki yang amat disayanginya.